Perjalanan kerjaya Dwight_D._Eisenhower

Dwight D. Eisenhower dilahirkan di Denison, Texas, pada 14 Oktober 1890.

Sebelum menjadi Presiden Amerika ke-34, Dwight Eisenhower telah mempunyai kerjaya yang kukuh bidang ketenteraan. Beliau amat mahir dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota staf, dan ia menjalankan tugas di bawah tiga Jeneral, antara lain Jeneral Douglas MacArthur.

Setelah Jepun menyerang Pearl Harbor di Hawaii, pada Disember 1940, Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat Jeneral George Marshall, mengangkat Dwight Eisenhower menjadi Ketua Bahagian Perancangan Perang, dan kemudian menjadi Asisten Ketua Staf Bahagian Operasi. Tak lama sesudah itu, beliau naik pangkat menjadi Mejar Jeneral.

Pada November 1942 sebagai Leftenan Jeneral, Dwight Eisenhower memimpin pendaratan tentera bersekutu di Afrika Utara.

Pada 1944, beliau diangkat menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu yang menyerang Perancis. Serangan itu akhirnya menghasilkan penyerahan kalah Jerman pada 8 Mei 1945.

Rujukan

WikiPedia: Dwight_D._Eisenhower http://www.amazon.com/Supreme-Commander-Years-Dwig... http://books.google.com/books?id=ag7omy2OvBgC&prin... http://topics.nytimes.com/top/reference/timestopic... http://www.time.com/time/covers/0,16641,19690404,0... http://vvl.lib.msu.edu/showfindingaid.cfm?findaidi... http://arks.princeton.edu/ark:/88435/hh63sv908 http://www.ikecenter.uno.edu http://www.eisenhower.utexas.edu/all_about_ike/pos... http://alsos.wlu.edu/qsearch.aspx?browse=people/Ei... http://avalon.law.yale.edu/20th_century/eisen1.asp